Dah lama xupdate sebab masa mencemburui :3
but Alhamdulillah sebab pagi ni Allah masih bagi kehidupan yg baru untuk kita..
Indahnya ukhuwah kan??
Lagi indah bila berukhuwah kerana Allah
sebab bila kita ukhuwah kerana Allah ..
Berpisah tak gelisah..
Bertemu tak jemu
bila bertemu dan berpisah kerana Allah...
Nur baru pergi ziarah kawan Nur dekat sekolah lama..
memang seronok dapat jumpa diorang
banyak cerita yang dapat dikongsikan..
tapi soalan yg paling xdapat diterima akal
"Bila nak kawin?? Nanti kenduri jgn lupa jemput"
erkk !! Belum tiba masanya lagi ya sahabat..
Cek nak kutip ilmu Allah dulu..
walaupun memang rasa 'malas' nak belajar
tapi kita mesti jugak mujahadah
sebab kita perlu belajar sehingga akhir nyawa...
Kata Lukman Al-Hakim
"Carilah seribu sahabat , kerana seribu sahabat belum banyak.
Jauhilah seorang musuh kerana seorang musuh terlalu banyak."
jangan disebabkan seorang musuh menyebabkan kita tak boleh menghuni
syurga Allah...
Jadi jagalah ukhuwah yang terjalin dengan sebaiknyaa...
jangan musnahkan ukhuwah tu dengan perangai kita yg EGO...
oraittt!! Selamat berukhuwahh dimana pon kita duduk, berdiri,berlari dan seangkatan dengannya...
No comments:
Post a Comment