micromujahidah

micromujahidah

Thursday, 24 April 2014

Cinta Duniawi atau Cinta Ukhrawi ??

Apa maksud cinta ? jika ditanya mesti jawapannya sayang..love...احب..dan pelbagai lagi jawapannya...
tapi berbeza jawapannya jika ditanya kepada orang yang lebih memahami erti cinta yang sebenar....ia akan menjawab "cinta terbahagi kepada dua bahagian iaitu cinta duniawi dan cinta ukhrawi". cinta duniawi bermaksud lebih mengejar harta benda di dunia berbanding mengejar harta-harta di akhirat kelak...
macam mana dgn couple, duniawi atau akhirat ?? couple semestinya hal dunia krn ia xmemberi pahala dekat kita tapi hanya menambahkan dosa..menghabiskan duit..buang waktu dan kebanyakkan berlaku perkara negatif berbanding positif .. inilah bahana jika kurangnya ilmu agama di dada...sentiasa menghalalkan yang haram...sedangkan islam xmenghalalkan cara...bila cerita pasal cinta aku teringat pesan ustaz aku dulu..."aku tau hampa semua ni gatal, gedik dah.... tapi buat masa sekarang hampa tahan sat. hampa belajar dulu...simpan dulu gedik hampa tu...lepas-lepas ni kalau hampa nak gedik ka..nak gatai ka ikut suka hampa lar sebab hampa semua dah besar-besar...so pandai-pandailah fikir sendiri". bagi aku kata-kata ni terkesan sebab aku still ingat sampai sekarang walhal dia cakapa time aku form 3... 

now, cinta akhirat plak....semua orang boleh cakap, cerita macam mana kita nak tunjuk yang kita lebih inginkan syurga di akhirat berbanding dunia yang sementara...tapi xramai yang boleh amal apa yang dia cakapkan...sama lar macam aku pun...cakap jar lebih... amalan tak seberapa pon lagi...
cinta akhirat macam mana??...taat dengan perintah Allah.. bertahajud di hadapan Allah ketika saudara-saudaranya sedang merehatkan diri..dan apabila dia mempelajari ilmu Allah dia akan merasa yang ilmunya sangat sedikit berbanding ilmu Allah yang bagaikan air di lautan... dengan sifat-sifat begini.. hamba tidak akan riak, takbur,sombong dengan amalan yang dibuat.. tetapi sentiasa ikhlas dengan amalannya...

kita sebagai hamba... kena pandai-pandai pilih yang mana lagi baik...kekal atau sementara?????fikir-fikirkanlah ^_^

Sunday, 20 April 2014

Hebatnya semangat seorang dai'e


Hebatnya dai'e yang gigih untuk sebarkan islam di serata dunia seperti pejuang-pejuang islam pada zaman dahulu ... di dalam hati mereka hanya ada Allah dan Rasulullah...

Berlaku satu perbualan antara sahabat .. pendek perbualannya tapi mendalam maknanya :D


A : saya dai'e bukan mufti ^_^

B : semoga menjadi seorang dai'e yg succes  ... sabar dan tabah dengan cemuhan orang yang kita tak dapat tutup mulutnya dan pandangan mata mereka yg menyakitkan jiwa.. dan menjadi seorang dai'e yang dapat merubah dunia menjadi lebih baik ..* ya mujahidah*

A : insyallah semoga kak yan(bukan nama sebenar) pun akan menjadi seorang mujahidah yang diimpikan * dalam usaha berdakwah atau menyampaikan sedikit ilmu yang ada pada kita, pasti akan ada rintangan  yang perlu kita hadapi. Bukan semua yang mendengar akan suka atau menerima apa yang kita sampaikan. Ini adalah sunnah dalam berdakwah dan menyebarkan ilmu. Junjungan Nabi S.A.W pon ditolak  oleh sebahagian kaum baginda, bahkan sebahagian kerabat baginda sendiri lari dari ajakan dakwah baginda S.A.W :)

B : shukron :D

A : afwan.. ya habibati :)

Hanya sekadar perkongsian yg banyak kekurangan pada diri ^^

Friday, 18 April 2014

PASANGAN

#Dulu,
Aku pun tak tahu...
Aku jahil di masa lalu...
Bercinta...
Rasa sweet gila bersama-sama.
Suka duka sharing together...
No wonder la makin lalai makin leka.
Now, bila dah sedar,
Rasa bersalah...Apa dulu yang kita buat semua dosa...
Saya beri 3 situasi orang bercinta.
Last nanti compare dengan situasi bercinta dengan Allah..

Situasi pertama :
Orang bercinta, malam mesti call kan? Bila kita tertidur, esok pagi tengok ma shaa Allah banyakkkk gilaaaa missed call, sms daripada si dia. Kita jenuh Dok gelabah nak jawab apa kat dia nanti...Jenuh duk pikir ayat...Kang kata tertidur sentap pulakkk kan? Dia dah lah buat super savers la ape la semata2 nak bercakap dengan kita...Hmm macam mana ye?

Situasi kedua :
Bila kita cinta someone, kita sanggup oiii perabihh duit semata-mata untuk dia...Topup rm5, rm10, rm30 and rm100 pon sanggup...Semata-mata nak text/call/whatsapp/wechat si diaaa...Kering poket pon tak pe, demi membuktikan cintaku padamu...Hahahaa!..

Situasi ketiga :
Bila kita ni memang sayang gileee le dekat die, haaa mesti duk angau kan? Pantang bebenor dengor orang bercerita tentang die, mule le kite rasa semacam..Hati berbunge-bunge...Apatah lagi kalau org bercerita tentang keindahan dan kelebihan die depan2 kita..Fulamakk wey, boleh tak tidor malam teman.. Mlm2 duk kenyihh sorang2. Hahaha kenyih = senyum...Betul kan?;-)

#Now, cuba compare dengan situasi bercinta dengan Allah... 

#Situasi pertama :
Kita sanggup kan call malam2? Sampai bila kita tertidorrr pon, kita rase takot bebenor nak ngaku pd si die..Tapi, PERNAH TAK KITA TERFIKIR?..Apakah aku sanggup BANGUN MALAM, semata2 untuk ALLAH? Apakah aku sanggup bangun untuk BERTAHAJJUD mencari keredhaanNya. Pernah tak kita bangun malam semata2 untuk ALLAH selama ini?..Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu.

#Situasi kedua :
Kita sanggup perabih duit berpuluh/ratus semata2 nak berbual dengan si dia..Tapi, PERNAH TAK KITA TERFIKIR? Apakah aku sanggup BERSEDEKAH BERPULUH RINGGIT, BERATUS RINGGIT semata-mata untuk membantu saudara2 ku di JALAN ALLAH? Kita selalu derma rm1, rm2? Pernah tak sampai beratus?..Pejam mata je, JANJI untuk AMAL KEBAIKAN? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu..

#Situasi ketiga :
Duk angau..Dengor je nama die bergetor rase hati..Apatah lagi bile dengor orang duk puji die depan2 kita kan? Tapi, PERNAH TAK KITA RASA/TERFIKIR?..Bila ustaz/ustazah/sesiapa sahaja MENCERITAKAN KEBAIKAN ALLAH, KEINDAHAN ALLAH, pernah tak BERGETAR HATI KITA? Pernah tak kita tak tidur malam memikirkan KEKUASAAN ALLAH?..Pernah tak bertambah RASA CINTA, KEIMANAN kita pada ALLAH bila mengetahui kekuasaanNya? Pernah ke tidak? Simpan jawapan tu..

#Sahabat,
Aku dulu jahil sahabat..
Aku juga pernah lalui ketiga2 situasi di atas.
Dan sukar untuk aku lalui tiga situasi di bawah..
Aku juga pernah bercinta, sahabat..
Namun kini, aku berjuang untuk tidak mensia-siakan masa, hati dan harta di jalan yang haram..
Apa yang bakal aku katakan pada isteri aku nanti, adkah cinta yang bersisa lagi jika semua rasa cinta itu aku dahulukan buat yang belum halal?..
Sahabat,
Kita belum lagi terlambat...

#Post ini aku tak tujukan kepada sesiapa melainkan kepada diriku sendiri..
Aku cuma rasakan aku layak memberi peringatan..
Kerana apa?
Kerana aku rasakan terlalu banyak status2 di facebook dari kita semua ditujukan buat yang bukan halal..
Boleh berkasih..Ya boleh.. 
Berkasih kerana Allah swt...
Nak tahu macam mana pasangan tu terbaik utk kita?
Tengok macam mana dia tawarkan cintanya..
Mengajak kita bercouple atau bernikah??
Jawapan kepada semua situasi tadi, kita sahaja yang tahu..Simpan.. Muhasabah diri. Belajar cintakan Ilahi..Jangan terlalu cintakan yang tidak kekal kerana takut kita kecewa nanti..
Jika rasa diri masih muda,
Kejar ilmu Allah dulu..
Masih banyak yang kita belum tahu..
Jika sudah mampu, carilah pasangan hidup yang berpegang kepada agama Allah..In shaa Allah, bahagia dunia, bahagia akhirat...

#Maafkan saya jika post ini membuat sesiapa terasa hati..Saya rasakan saya patut memberi nasihat di sini..Kerana saya masih belum mampu untuk memberi nasihat secara berdepan..Masih selemah-lemah iman..Allahuakhbar Lailahaillah!  

#cinta_kerana_ALLAH
 — feeling loved