micromujahidah

micromujahidah

Thursday, 24 July 2014

ibarat kedip mata

Alhamdulillahi llazi ahyanaa ba'damaa amatanaa wailaihinusshur 

yeayyy !!! dah pagi .. 

*selak langsir ~ wahhh!! indahnya sungguh di hari raya ... mood raya menjelma*

astaghfirullahal'azim (3x) *tak mau lagho-lagho .. hehe

rasa kejap jar kan R A M A D H A N tahun niii

tinggal 48 jam jar lagi Syawal akan bertamu 

wailla liqo' ramadhan

*duduk atas kerusi ~ selfie sikit(muhasabah)

dah banyak ke amalan kita awok2 nii :3

raya - raya jugak ...

baju raya 10 pasang..

kasut raya 5 pasang

lain-lain .... lebih kurang 10 pasang lagi larr :3

hoho!!!! cup cup

amalan kita ramadhan ni sama banyak dengan barang yg kita beli tu ka ??

beli sikit-sikit cukup lar

tak nak membazir ... amalan syaiiitoonnn !! so tak nak tak nak yee ^^

ingat sama saudara kita kat GAZA nuhhh!!

mereka sedang ditindas oleh yahudi laknatullah 

kita sedang berseronok...

dah lar kita membeli barang-barang daripada mereka 

B O I  K O T !!! B O I K O T !!!

*ketuk kepala*

oke ... masuk bab ramadhan balik

kita cari tak 10 malam terakhir ...

ka kita qiamoline drpd qiamulaill

jawab sendiri sendiri lar yaaaa

semoga perubahan kita yang baik pada bulan ramadhan ni akan berterusan jugak pada bulan bulan lain

pakat-pakat istiQomah yaaa saudara-saudara seislamku 

dan selamat meraih redho Allah 

assalamualaikum * sibuk pilih baju raya lagi *

Friday, 4 July 2014

Dengarlahh

Assalamualaikum ^^ * sengih *

Dengar lagu sat :)

* buka La tahzan by heliza ~ volume 99%  :] *

Menjejaki kaki di bumi GAZA
Terasa bagaikan di syurga maya
Mereka tidak pernah kenal berputus asa
Mereka berkata Allag tetap bersama kita
Walau Di Mana jua kita berada
Selagi kita berada terus di jalannya

La tahzan Rabbuna ma'ana
Jangan Sedih Allah bersama kita

Mereka sentiasa berjuang fisabilillah
Tidak kira ibu ayah dan anak-anak
Mempertahankan bumi tanah islam
Berkorban seluruh harta jiwa dan nyawa
Ayuh bangkit dari tidurmu yang lena
Tak Kan kita hanya berdiam saja..

La Tahzan Rabbuna Ma'ana
Jangan sedih Allah bersama kita

Siapa Tuhan Kamu ??!! (ALLAH)
Siapa Guru Kamu ??!! (RASULULLAH)
Apakah pegangan kamu ??!! (AL-QURAN)
Apakah jalan hidup kamu ??!! (FISABILILLAH)

................................................................................................................

Oke ~ dah habis ... tengok apa lagi
hehe ^^

Jangan dengar sesuatu tanpa memahami...
Ni tak... dok havoc havoc havoc tak habis2

cek tak habaq yg cek spefikasikan dengar hanya utk lagu..
tapi untuk semua benda yang kita gunakan alat deria telinga
oritee ^^ paham kot nohh

Kalau boleh dengar lar benda yang berfaedah..
yang boleh menambahkan amal kita
jangan dengar lagu yang kita sendiri tak tahu maksudnya
ntah~ntah lagu tu dok hina islam
ada kita taw...
dok nyanyi hari2...
Allah ~ Allah
tak pasai pasai jatuh akidah

So hati-hati nahh

♡ Allahumma Solli 3ala Muhammad ♡

Assalamualaikum * senyum nampak gigi *

Tuesday, 1 July 2014

Dakwah Seorang Gadis

Kisah .. kisah .. kisah
Oke .. nak berkisah sikit

* duduk atas kerusi silang kaki ala-ala Jamesbond *

Indahnya sebuah nostalgia kan ?? Semua tu tak mungkin berulang kembali
ehh ~ ni bukan kisah cinta antara ajnabi
bukan !! Bukan !! Dan bukan !!
Ni kisah cinta antara sahabat kerana Allah ^^
tapi bukan lesbian gay bagai
aduhh ~ tolong paham elok2

* ada orang baling botol *

oke oke.. aku start _ sabar lar kejap :)

aku ada seorang sahabat yang tak pernah aku sangka dialah yang akan aku lebih rindui berbanding geng geng aku yang dulu yang selalu buat aku gembira .. dengar semua masalah aku .. dan bla bla bla

Dia seorang yg sangat open minded
Memang payah nak tengok dia berfikiran kolot dengan orang lain
Dalam mind dia semuanya dia set positive
Allah ~ Allah indahnya pekertimu sahabat

Dia masih tersenyum walaupun ramai orang mencemuh dia
kata dia bajet bagus lar .. bajet macam2 lar..
kesianya dia..
tapi dia sangat tabah ..

Dulu .. masa tahun 50-an tak silap aku... hahaha
aku pon suka ejek dia..
aku cukup tak suka dia ..
Aku selalu pandang sebelah mata jar dengan dia

Allah ~ egoisnya aku masa tu

Suatu hari .. tak tahu lar time tu pagi petang atau malam .. muehehe
Dia menyapa aku
"Walaupun banyak dugaan yg menimpa kita .. hang kena senyum dan terus tersenyum"
Allah ~ time tu aku tak tahu nak balas apa..
aku senyum jar dekat dia
Dia pon senyum balik dekat aku .. dan berlalu pergi

Sangat bermakna kata-kata dia
saban hari.. aku semakin rapat dengan dia..
banyak kata kata semangat yang dia lemparkan kat aku

"Perkara yang lepas kita jangan kenang oke ?? :) "
"Hidup kena ada redho Allah :) "
"Kita kena berfikiran jauh Ya Sahabat "
"Berubah sikit-sikit ya :D"
"Mujahadah perlukan pengorbanan"
"Cayok !! Cayok !!"
"Buat amalan biar Allah sayang"

Allah ~ indahnya pekertimu Sahabat ^^

*buka lagu la tahzan sat*

Rindunya bait bait indah daripada dia :"

Bila aku pergi sekolah lama
Mesti aku akan tanya kawan kawan aku yg lain
"Nur *bukan nama sebenar * mana?? Aku nak jumpa dia ... rindu gila nak sembang dengan dia :) "
Tapi tak dak rezeki nak jumpa dia hari tu..
Dia kena handle program
Okelar ~ In Shaa Allah nanti nanti boleh jumpa lagi

Bulan yg lain..
aku pergi lagi sekolah lama
Allah ~ rindunya dekat semua kawan kawan...
Tapi yg paling penting..
aku nak jumpa Nur jugak
Alhamdulillah ^^ jodoh menemukan kami
Dapat sembang sembang sat
Siap boleh snap picture lagi ^^
Allah ~ bahagianya dapat bersua muka dengan dia

Tapi sekarang dia dah sambung U..
so payah nak jumpa
In Shaa Allah ~ nanti kalau ada rezeki aku pergi U dia
Kalau ada jodoh... in Shaa Allah jumpa lagi :D

* pegang mic tetiba :D *

Sahabat yg kucari bukan hanya membawa kebahagian duniawi
tetapi yang kucari sahabat yang boleh membawa aku ke syurga ukhrawi

Assalamualaikum * buat flying kiss *

♡Micro_Mujahidah♡